Sultan Kedah kurnia sumbangan kepada golongan memerlukan

Iklan
Sultan Sallehuddin (dua dari kiri) berkenan menyampaikan penyerahan simbolik Majlis Kurniaan Keluarga Diraja Sultan Negeri Kedah yang diadakan di Balai Santapan Besar, Istana Anak Bukit, pada malam Khamis.

ALOR SETAR - Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, berkenan mengurniakan sumbangan kepada golongan memerlukan menerusi Majlis Kurniaan Keluarga Diraja Sultan Negeri Kedah yang berlangsung di Balai Santapan Besar, Istana Anak Bukit, pada malam Khamis.

Turut berangkat, Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin, dan Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.

Iklan
Iklan
Sultan Sallehuddin berkenan solat Maghrib bersama tetamu lain selepas berbuka puasa di Balai Santapan Besar, Istana Anak Bukit, pada malam Khamis.

Hadir sama, pemimpin kerajaan negeri, termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Norizan Khazali, pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan, serta wakil media, termasuk Ketua Pengarang Sinar Harian, Zamri Rambli.

Majlis yang turut diserikan dengan acara berbuka puasa itu menyaksikan sebanyak 1,200 kotak kurniaan diagihkan kepada golongan miskin di seluruh Kedah.

Iklan

Inisiatif ini bukan sekadar sumbangan, tetapi lambang keprihatinan dan komitmen institusi diraja dalam membantu masyarakat sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Secara keseluruhan, kurniaan ini melibatkan 12 daerah di Kedah, dengan setiap daerah menerima 100 kotak kurniaan, menjadikan jumlah keseluruhan 1,200 kotak yang mengandungi barangan makanan.

Iklan

Kotak-kotak kurniaan ini akan diagihkan melalui Pegawai Daerah di kawasan masing-masing bermula 7 Mac.