Amalan jelek fitnah perlu dihentikan - Anwar
Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad menarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar.
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan amalan jelek fitnah mesti dihentikan dan tidak dibudayakan, terutamanya di kalangan pejuang Islam.
Menurutnya, penarikan semula kenyataan fitnah yang dilemparkan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim wajar dijadikan pengajaran untuk tidak bermudah dalam melempar sesuatu tuduhan kepada insan yang lain.
Iklan
Iklan
"Ini kerana ia bukan sahaja menimbulkan fitnah kepada yang tertuduh, malah turut mengembalikan fitnah kepada si penuduh," kata beliau menerusi taklimat harian yang disampaikan oleh Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah pada Khamis.
Menurutnya, amalan berpuasa mesti menjentik dhamir manusia agar kembali kepada fitrah asal kejadian termasuk menghidupkan budaya wacana yang segar dan menolak amalan fitnah memfitnah.
Iklan
Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Rabu merekodkan penyelesaian luar mahkamah bagi kes saman fitnah membabitkan Anwar dan Ahmad Amzad.
Penyelesaian yang direkodkan di hadapan Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani menyatakan kedua-dua pihak bersetuju menarik balik tuntutan masing-masing tanpa sebarang kos dan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula kes berkenaan.
Iklan
Dalam kenyataan bersama yang dibacakan di mahkamah, plaintif dan defendan bersetuju menamatkan pertikaian peribadi tersebut bagi memberi tumpuan kepada isu-isu lebih besar dan penting untuk negara.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>