'Jangan risau, semuanya akan baik-baik' - Isteri Nabil beri kata semangat

Iklan
Zira tetap berada di sisi Nabil mengharungi saat sukar.

"JANGAN risau, semuanya akan baik-baik sahaja. Anggaplah ini sebagai peringatan bahawa ALLAH mahu kita sentiasa mengingati-NYA, sama ada dalam kesenangan atau kesusahan."

Itu antara kata-kata semangat yang dikongsikan isteri kepada penyampai radio dan pelawak, Nabil Ahmad iaitu Nazirah Ayub atau lebih dikenali sebagai Zira Ayub.

Iklan
Iklan

Zira berkongsi perkara itu menerusi medium media sosial, Threads miliknya berhubung kontroversi yang dihadapi suaminya kini.

Dalam satu hantaran yang menyentuh hati, Zira menegaskan bahawa segala dugaan harus diterima dengan penuh ketabahan, malah menegaskan dia dan anak-anak merupakan peminat setia Nabil.

Iklan

"Awak ada kami-kami akan sentiasa menyokong dan menyayangi awak.

"Saya merupakan peminat terbesar awak selamanya. Mereka mungkin berkata perkara buruk tentang awak, tetapi saya lebih mengenali awak daripada mereka," ujarnya memberi gambaran betapa teguhnya kepercayaannya terhadap Nabil, meskipun berdepan dengan kata-kata negatif dari pihak luar.

Iklan
Zira menyifatkan dia dan anak-anak adalah peminat setia Nabil.

Perkongsian Zira itu menerima reaksi pelbagai dan rata-rata turut sama memberi sokongan dan dorongan kepada Nabil dalam mengharungi masa sukar ini.

Terdahulu, Nabil bersama Azad Jazmin, Radin dan tiga lagi kakitangan stesen radio Era FM, digantung tugas berikutan kontroversi mempersendakan agama lain baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan Notis Niat Penggantungan Lesen kepada Astro Audio, pengendali stesen radio Era FM, susulan penyebaran video kontroversi tersebut.

Pemegang lesen diberi tempoh 30 hari untuk memberikan maklum balas sebelum sebarang keputusan dibuat.