Jet pejuang tentera Korea Selatan tidak sengaja jatuh 8 bom

Iklan
Sebuah jet pejuang milik Tentera Udara Korea Selatan pada Khamis secara tidak sengaja menjatuhkan lapan bom di luar kawasan latihan, mengakibatkan tujuh orang awam cedera.

SEOUL - Sebuah jet pejuang milik Tentera Udara Korea Selatan pada Khamis secara tidak sengaja menjatuhkan lapan bom di luar kawasan latihan, mengakibatkan tujuh orang awam cedera, lapor Agensi Berita Yonhap memetik kenyataan pegawai.

Jet pejuang KF-16 yang terlibat dalam latihan tembakan langsung secara"tidak sengaja” menjatuhkan lapan bom MK-82 di luar kawasan latihan di Pocheon pada 10.04 pagi waktu tempatan.

Iklan
Iklan

Tentera Udara Korea Selatan memaklumkan bahawa siasatan sedang dijalankan berhubung insiden itu dan memohon maaf atas kerosakan serta kecederaan yang dialami mangsa. - Bernama-Yonhap

Iklan
Iklan