Segi Fresh kongsi rezeki semarakkan Ramadan

Iklan
Syed Razlan (berdiri, dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada komuniti Felda Gunung Besout 1 sempena majlis berbuka puasa pada Rabu.

TANJUNG MALIM - Meneruskan program tanggungjawab sosial (CSR), Segi Fresh melalui rangkaian pasar raya segarnya, Segi Fresh, D'Mart Segi Fresh dan Ehsan Segi Fresh meraikan lebih 500 golongan memerlukan menerusi pelbagai program kemasyarakatan sepanjang Ramadan ini.

Pelaksanaan dengan kerjasama Nestle Malaysia serta jenama Maggi itu antara lain bagi memperkukuh hubungan selain meraikan komuniti setempat di kawasan operasi.

Iklan
Iklan

Salah satu inisiatif utama adalah penganjuran majlis berbuka puasa yang dilaksanakan di D'Mart Segi Fresh Felda Gunung Besout 1, Sungkai di sini pada Rabu.

Pengerusi D'Mart Segi Sdn Bhd, Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail dalam ucapannya berkata, pengoperasian pasar segar itu bukan sekadar perniagaan runcit, tetapi sebahagian daripada ekosistem komuniti.

Iklan
Syed Razlan (kiri) bersama Juan Aranols (kanan) ketika meninjau operasi D'Mart Segi Fresh Felda Gunung Besout 1, Sungkai.

Justeru katanya, D'Mart Segi Fresh sentiasa peka terhadap keperluan masyarakat dengan menawarkan perkhidmatan terbaik dan menyeluruh.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Salina Samsudin; Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF), Datuk Mohd Banuri Aris; Ketua Peneroka FELDA Kebangsaan, Sulong Jamil Mohamed Shariff; Pengarah Urusan Segi Fresh, Datuk Chui Ah Hock dan Pengarah Operasi Segi Fresh, Chia Ah Keong.

Iklan

Majlis sama akan diadakan di D'Mart Segi Fresh Felda Mempaga 2, Pahang; Segi Fresh Teluk Panglima Garang dan Ehsan Segi Fresh Bagan Nakhoda Omar, Selangor masing-masing pada 14 dan 21 Mac ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols berkata, sebagai sebahagian daripada usaha tersebut, pihaknya menyumbang 500 beg cenderahati melalui empat program berbuka puasa dianjurkan kumpulan Segi Fresh.

"Sokongan kami tidak terhad kepada majlis ini sahaja, tetapi merangkumi inisiatif pengagihan beg kepada peneroka Felda, penyediaan bubur lambuk dan bakul Ramadan kepada keluarga memerlukan," katanya.

Selain majlis berbuka puasa, Segi Fresh, D'Mart Segi Fresh dan Ehsan Segi Fresh turut menyampaikan sumbangan moreh kepada 50 masjid dan surau yang berdekatan dengan lokasi operasi.

Program memasak dan mengedarkan bubur lambuk kepada komuniti setempat dianjurkan dengan kerjasama MAGGI bagi memupuk semangat gotong-royong yang menjadi budaya Ramadan.

Turut diadakan Jualan Rahmah, kolaborasi dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dengan tawaran harga istimewa untuk barangan keperluan asas sepanjang Ramadan.