Johor labur RM2 juta bantu tingkat pengeluaran beras
Iklan
Zahari menabur benih padi pada program di Kahang, baru-baru ini.
KULAI – Kerajaan Negeri Johor memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi meningkatkan pengeluaran beras di negeri ini menerusi pembukaan kawasan tanaman padi baharu.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip, peruntukan tersebut telah diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazidalam pembentangan Belanjawan Negeri lalu.
Iklan
Iklan
"Kita melihat peruntukan ini sebagai salah satu langkah proaktif bagi menangani isu bekalan beras di negeri ini.
Zahari menyempurnakan gimik Perasmian pecah tanah di Kahang dengan menaiki jentera yang disediakan.
"Antara projek utama yang dilaksanakan adalah pembukaan kawasan baharu seluas 10 hektar di Kahang, yang baru sahaja selesai proses pecah tanah dan dijangka memulakan penanaman awal tahun depan.
Iklan
Tambah Zahari, selain di Kahang, Johor turut membuka kawasan tanaman padi baharu di Sungai Balang seluas 50 ekar yang dijadualkan memulakan penanaman sekitar Mei atau Jun tahun ini.
Katanya, kawasan yang dimajukan itu sebenarnya merupakan tanah terbiar yang pernah digunakan untuk ternakan ikan dan udang sebelum dibersihkan dan ditambak semula oleh Jabatan Pertanian Johor bagi tujuan tanaman padi.
Iklan
"Inisiatif ini bukan sahaja menambah kawasan tanaman baharu, malah turut mempertingkatkan pengeluaran beras tempatan.
"Ini kerana hasil tanaman padi yang diusahakan menerusi peruntukan RM2 juta itu adalah sepenuhnya untuk kegunaan domestik di Johor.
"Yang penting adalah ia dapat membantu memastikan bekalan di peringkat domestik mencukupi,” katanya.
Sementara itu, Zahari tidak menolak kemungkinan untuk memohon peruntukan tambahan sekiranya usaha berkenaan menunjukkan hasil yang positif serta masih terdapat keperluan bagi meningkatkan lagi pengeluaran beras di negeri ini.
"Kerajaan negeri sentiasa berusaha memastikan bekalan beras di Johor kekal stabil dan mencukupi demi keperluan rakyat negeri ini,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika"><meta itemprop="description" content="Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T05:18:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d_gTU1gcGD7OpVmJ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3hv8e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3hv8e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3hv8e"></script>