Pegawai perbendaharaan ditemui meninggal dunia di Pejabat Kementerian Kewangan

Iklan
Seorang pegawai perbendaharaan di MoF ditemui meninggal dunia di pejabatnya di sini pada Rabu. Foto kecil: Rusdi

PUTRAJAYA - Seorang pegawai perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) ditemui meninggal dunia di pejabatnya di sini pada Rabu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya mendapati lelaki berusia 45 ditemui dalam keadaan terbaring di atas lantai pejabat.

Iklan
Iklan

"Kita menerima laporan mengenai kejadian itu melalui panggilan kecemasan MERS 999 daripada orang awam pada jam 10.56 pagi, sebelum sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Rusdi berkata, hasil pemeriksaan awal tiada unsur jenayah dijumpai di lokasi kejadian.

Iklan

"Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik dan Patologi Hospital Putrajaya untuk bedah siasat," katanya.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu.

Iklan

Sementara itu, Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) mengesahkan terdapat satu insiden kematian di kompleksnya.

Menerusi kenyataan, MoF memaklumkan keluarga dan waris telah diberitahu berkenaan perkara itu oleh pihak berkuasa.

"MoF turut berdukacita dengan kejadian ini dan merakamkan takziah kepada keluarga waris.

"Pihak kementerian memberi kerjasama penuh dan menyerah perkara ini kepada polis untuk siasatan," katanya pada Rabu.