Harga RON97, diesel turun 5 sen

Iklan
Harga runcit petrol RON97 di Semenanjung ditetapkan pada RM3.38 seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Mac ini. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun sebanyak lima sen iaitu masing-masing ditetapkan pada RM3.38 dan RM3.13 seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Mac ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan harga runcit petrol RON95 kekal RM2.05 seliter manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan turut kekal pada RM2.15 seliter.

Iklan
Iklan

MOF memaklumkan penetapan kadar itu adalah seiring dengan perubahan harga pasaran minyak.

"Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit minyak dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Menurut MOF, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Bernama

Iklan