Niat kongsi rezeki, peniaga ayam golek hanya naikkan harga RM1
Iklan
Mohamad (kiri) melihat pekerjanya mengambil ayam golek yang siap dipanggang. FOTO SINAR HARIAN-ADILA SHARINNI WAHID
KOTA BHARU – Seorang peniaga ayam golek hanya menaikkan harga RM1 bagi setiap ekor ayam golek dengan niat mahu berkongsi rezeki bersama pelanggan sepanjang Ramadan.
Mohamad Awang, 63, yang berniaga di bazar Ramadan Stadium Sultan Muhammad ke-IV berkata, kenaikan harga itu dibuat selepas mengambil kira peningkatan kos bahan mentah dan tapak niaga, namun dia tetap berusaha mengekalkan harga mampu milik untuk pelanggan.
Iklan
Iklan
"Harga ayam golek tahun lepas RM26 hingga RM27 seekor, tahun ini saya jual RM28 sahaja.
"Ayam masih sama, seberat sekitar 1.9 kilogram hingga 2 kilogram,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di gerainya di sini pada Rabu.
Iklan
Menurutnya, harga borong ayam yang sebelum ini sekitar RM7 lebih sekilogram kini meningkat kepada RM8 lebih sekilogram, menyebabkan kos penyediaan ayam golek turut bertambah.
Selain itu, harga arang yang digunakan untuk memanggang ayam juga naik daripada RM25 kepada RM35 bagi setiap 22 kilogram, sementara bekas makanan yang digunakan untuk membungkus ayam golek berharga RM1 setiap satu.
Iklan
Walaupun keuntungan semakin kecil, Mohamad berkata, dia tetap bersyukur kerana masih dapat berniaga dan berkongsi rezeki dengan pelanggan yang sentiasa menyokongnya.
Mohamad. FOTO SINAR HARIAN-ADILA SHARINNI WAHID
"Kita faham keadaan sekarang, semua harga barang naik dan kalau kita naikkan harga terlalu banyak, orang pun susah nak beli.
"Jadi saya naikkan sikit saja, biar semua dapat merasa,” katanya.
Dia yang berniaga ayam golek selama lebih 10 tahun turut berdepan dengan kenaikan kos tapak niaga di bazar tersebut daripada RM580 kepada RM1,750 bagi lot sudut.
Mohamad berkata, permintaan terhadap ayam golek masih tinggi terutama pada bulan Ramadan.
"Selagi masih ada keuntungan walaupun kecil, saya akan terus berniaga dengan harga yang berpatutan agar pelanggan dapat menikmati juadah berbuka tanpa terbeban dengan harga yang terlalu mahal,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan"><meta itemprop="description" content="Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803951/edisi/kelantan/van-sekolah-operasi-tanpa-permit-insurans-serta-daif-kaut-untung-rm10000-sebulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #VanSekolah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T07:07:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvdxoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvdxoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvdxoq"></script>