Kes kematian Hud Aryan tiada unsur pengabaian - Polis

Iklan
Polis Kelantan mengesahkan tiada unsur pengabaian dalam kematian seorang kanak-kanak berusia 19 bulan, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi, yang ditemukan meninggal dunia dekat sebatang sungai di Kampung Kerila, Tanah Merah pada Rabu lalu. (Gambar kecil: Mohd Yusoff )

KOTA BHARU - Polis Kelantan mengesahkan tiada unsur pengabaian dalam kematian seorang kanak-kanak berusia 19 bulan, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi, yang ditemukan meninggal dunia dekat sebatang sungai di Kampung Kerila, Tanah Merah pada Rabu lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, maklumat tersebut hasil keterangan lima individu termasuk ibu bapa kanak-kanak berkenaan yang telah diambil sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Setakat kesemua keterangan diambil, tiada unsur pengabaian dikesan. Bagaimanapun siasatan kita belum ditutup dan akan mengambil keterangan individu lain sekiranya terdapat saksi baharu dalam kes ini," katanya ketika dihubungi pemberita pada Rabu.

Menurut beliau, lima individu yang telah dirakam percakapan ialah ibu bapa mangsa, nenek dan ibu saudaranya.

Iklan

Ujarnya, jika ada saksi lain yang boleh membantu pihak polis akan mengambil keterangan lagi.

Mohd Yusoff memberitahu, setakat ini pihaknya membuka siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Iklan

Sinar Harian pada Rabu melaporkan anggota yang terlibat dalam operasi dan menyelamat (SAR) serta penduduk kampung terpaksa berjalan kaki dan meredah air sedalam 0.6 meter sebelum menemukan jasad Hud Aryan dalam keadaan terbujur kaku.

Mayat anak tunggal kepada pasangan Azean Nur Atikah, 34, dan Mohd Hafifi Saidi, 34, itu ditemukan tersangkut pada pokok di tepi sungai yang terletak tiga kilometer dari rumah neneknya di Kampung Aira, Kuala Tiga di sini pada jam 4.15 petang.

Hud Aryan sebelum ini dilaporkan hilang pada waktu Maghrib semasa berada di rumah neneknya pada Isnin lalu.