Kedah akan kaji semula kadar zakat fitrah
Iklan
Datuk Syeikh Fadzil Awang
ALOR SETAR - Jabatan Mufti Kedah akan mengkaji semula kadar zakat fitrah pada masa hadapan susulan berlakunya isu pencampuran beras putih tempatan dengan beras putih import.
Mufti Kedah, Datuk Fadzil Awang berkata, walaupun amalan terbabit didakwa telah lama berlaku namun sehingga kini tiada kajian menyeluruh dijalankan untuk menentukan kesannya terhadap kadar zakat fitrah.
Iklan
Iklan
"Langkah pertama, kita perlu mengenal pasti nisbah campuran, sama ada beras tempatan lebih banyak daripada beras import, atau sebagainya. Kita belum ada gambaran penuh," katanya.
Beliau berkata sedemikian ketika ditemui selepas pengumuman kadar zakat fitrah Kedah bagi 2025 pada Selasa.
Iklan
Menurutnya, Jabatan Mufti Negeri akan menunggu laporan terperinci daripada agensi kerajaan yang berkaitan sebelum membuat sebarang cadangan.
Fadzil memaklumkan, pihaknya akan membuat tinjauan sewajarnya dan memberi pandangan sebaik sahaja penemuan terbabit tersedia dan kriteria ditetapkan.
Iklan
Sebelum ini, kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mendapati sekitar 40 hingga 50 peratus beras import daripada 5,000 sampel yang dianalisis disahkan bercampur dengan beras putih tempatan.
Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar memberitahu, penetapan semula kadar zakat fitrah berdasarkan gred beras yang sepatutnya diserahkan kepada Jawatankuasa Fatwa dan Majlis Agama Islam setiap negeri bagi menentukannya berikutan isu pembongkaran beras campur baru-baru ini.
Beliau berkata, jika isu itu jelas terbukti, ia boleh dibawa kepada pihak-pihak berkenaan untuk dipertimbangkan semula kerana kadar zakat fitrah ditetapkan ketika ini berdasarkan keputusan fatwa terdahulu.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.