Bila tiba bulan Ramadan, bab berbuka mesti nak cari tempat yang bukan saja sedap, tapi meriah! Tahun ni, Royale Chulan Hotels & Resorts tak main-main – diorang bawakan bufet ‘Warna Rasa Ramadan’ yang confirm buat anda rambang mata!
Dari hidangan tradisional Melayu sampai ke sajian antarabangsa, semua ada. Nah, jom kita tengok apa yang menarik di setiap lokasi!
Royale Chulan Kuala Lumpur: Nostalgia kampung di tengah kota (3 Mac – 29 Mac 2025)
Bayangkan berbuka dalam suasana kampung yang tenang di tengah-tengah kota raya! Di Warisan Café, anda bukan saja dijamu dengan lebih 150 pilihan juadah, tapi siap ada persembahan muzik tradisional secara langsung. Serius feeling!
Antara menu wajib try; kambing golek yang juicy. ikan bakar Portugis yang kaw, kerabu Maggi yang rare, udang Nestum yang rangup!
Tak cukup lagi? Ada gerai aksi langsung yang sediakan masakan panas-panas! Plus, surau dan kaunter zakat disediakan untuk memudahkan urusan ibadah.
Harga:
Promosi Awal (Sehingga 15 Feb): RM188 nett
Dewasa: RM228 nett | Kanak-kanak: RM110 nett | Warga Emas: RM188 nett
Tempah di 019-325 4718 atau emel fnbpromo.rckl@royalechulan.com
Royale Chulan Seremban: Sajian Negeri Sembilan penuh kick! (2 Mac – 30 Mac 2025)
Kalau anda penggemar masakan Negeri Sembilan, Royale Chulan Seremban ni syurga makanan! Lebih dari 150 hidangan tradisional dan moden, siap ada 10 gerai aksi langsung yang memikat selera.
Antara menu padu: rendang itik pucuk maman, daging salai lemak mangga muda, kawah oxtail asam pedas dan serawa durian lemak berkrim
Tempat letak kereta luas, surau selesa – perfect untuk berbuka ramai-ramai!
Harga:
Promosi Awal (Sehingga 28 Feb): RM110 nett
Dewasa: RM130 nett | Kanak-kanak: RM80 nett | Warga Emas: RM100 nett
Tempah di 06-766 6666 atau WhatsApp 016-920 9891
Royale Chulan Damansara: Meriah dengan aksi langsung! (2 Mac – 29 Mac 2025)
Kalau suka aksi langsung, Royale Chulan Damansara memang kena masuk list! Ada BBQ, Lok-Lok dan hidangan tradisional yang confirm sedap.
Mesti cuba: asam pedas pari yang padu, nasi kerabu lengkap dengan ulam, kambing golek dan kuih-muih tradisional yang memikat
Bagi mereka yang mahu menunaikan solat tarawih selepas berbuka, Royale Chulan Damansara turut mengadakan ibadat itu pada setiap Khamis hingga Ahad.
Lebih syok, ada persembahan muzik live setiap hujung minggu!
Harga:
Promosi Awal (Sehingga 10 Mac): RM148 nett
Dewasa: RM178 nett | Kanak-kanak: RM98 nett | Warga Emas: RM148 nett
Tempah di 03-7959 9000 atau emel info@royalechulandamansara.com
Royale Chulan The Curve: Bufet mesra keluarga (2 Mac – 29 Mac 2025)
Nak berbuka dengan keluarga? Royale Chulan The Curve pilihan terbaik. Dengan lebih 150 hidangan termasuk sudut khas untuk kanak-kanak, semua orang pasti puas hati.
Antara menu best, kambing golek yang lembut, bubur lambuk ala kampung, royale chicken rice dan dodol yang kenyal manis
Bonus: Ada cabutan bertuah eksklusif setiap hujung minggu!
Harga:Window Restaurant:
Promosi Awal (Sehingga 25 Feb): RM119 nett
Dewasa: RM149 nett | Warga Emas: RM119 nett | Kanak-kanak: RM99 nett
Tiara Rini Ballroom:
Dewasa: RM109 nett | Warga Emas: RM89 nett | Kanak-kanak: RM79 nett
Tempah di +603-7843 1111 atau emel enquiry.rctc@royalechulan.com
Royale Chulan Penang: Iftar di Pulau Mutiara (2 Mac – 30 Mac 2025)
Di Boustead Hall, Penang, anda akan dihidangkan dengan lebih 70 menu istimewa yang pasti memikat selera.
Hidangan wajib rasa; sup tulang rawan, nasi mandy kambing, gulai kawah daging utara
Harga:
Promosi Awal (Sehingga 21 Feb): RM100 nett
Dewasa: RM128++ | Warga Emas: RM88++ | Kanak-kanak: RM68++
Tempah di +604 259 8888 atau WhatsApp 016-330 3408
Royale Chulan Cherating: Iftar dengan angin laut! (3 Mac – 29 Mac 2025)
Kalau nak iftar sambil menikmati bayu laut, di kawasan courtyard di Royale Chulan Cherating Chalets pilihan terbaik!
Menu istimewa:lambing golek, BBQ ayam dan ikan bakar serta pastri Perancis mewah
Harga:
Promosi Awal (Sehingga 1 Mac): RM90++
Dewasa: RM123++ | Warga Emas/Kanak-kanak: RM70++
Tempah di +609-584 7333 atau WhatsApp 016-2050902 / 016-2059704
Apa tunggu lagi? Jom tempah tempat anda dan raikan Ramadan dengan meriah di Royale Chulan Hotels & Resorts!