Sempat hubungi bekas kekasih sebelum terjatuh dari Jambatan Putra

Iklan
(Gambar kanan) Anggota bomba melakukan pencarian mangsa selepas operasi SAR diaktifkan. (Gambar kiri) Motosikal dipercayai milik mangsa yang ditemui ditinggalkan di atas Jambatan Putra. Foto JBPM Pahang

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Seorang pekerja kilang sempat membuat panggilan video dengan seorang wanita dipercayai bekas teman wanitanya sebelum terjatuh ke Sungai Kuantan dari Jambatan Putra di sini, tengah malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, ia berdasarkan penemuan sebuah telefon bimbit dalam keadaan sedang membuat panggilan video di atas motosikal dipercayai milik mangsa yang ditinggalkan di atas jambatan itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kejadian berlaku ke atas lelaki berusia 22 tahun itu dilaporkan oleh orang awam yang melalui laluan tersebut kira-kira jam 10.43 malam.

"Kejadian itu disedari selepas saksi ternampak sebuah motosikal ditinggalkan di atas jambatan dalam keadaan enjin masih hidup.

Iklan

"Di atas motosikal itu dijumpai sebuah telefon bimbit dalam keadaan sedang membuat panggilan video.

"Curiga dan syak ada mangsa terjatuh dari jambatan, saksi terbabit terus hubungi talian kecemasan 999 memaklumkan kejadian," katanya.

Iklan

Wan Mohd Zahari berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan jam 11.30 malam dengan bantuan Agensi Penyelamat Daerah Kuantan termasuk bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, dua anjing pengesan, Frankie dan Denti dari Unit Anjing Pengesan (K9) bomba akan digerakkan dalam operasi SAR itu.

Beliau berkata, operasi turut dibantu anggota Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Kuantan.