LISA daripada kumpulan Blackpink mencipta sejarah sebagai artis K-pop pertama membuat persembahan di Anugerah Akademi (Oscars), menyampaikan medley lagu daripada siri filem James Bond pada majlis anugerah Hollywood berprestij itu, lapor Agensi Berita Yonhap.
Lisa membuat persembahan sebagai penghormatan kepada James Bond bersama penyanyi Britain, Ray dan penyanyi rap Amerika Syarikat, Doja Cat pada edisi ke-97 Anugerah Akademi yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, pada Ahad (waktu tempatan).