Video tular bukan berkaitan perhimpunan MBK, polis sahkan rakaman lama

Iklan
Tangkap layar rakaman video yang tular di laman sosial. Gambar kecil: Wan Mohd Zahari

KUANTAN - Polis menafikan dakwaan video tular di media sosial mempunyai kaitan dengan Perhimpunan Pahang Bermunajat Raja Berdaulat yang berlangsung di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1 pada Khamis.

Rakaman video berdurasi 26 saat itu menunjukkan peserta perhimpunan berkumpul di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan mendapati video berkenaan sebenarnya adalah rakaman lama yang berlaku pada 27 Februari 2019.

"Ketika itu, pemimpin parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hadir ke IPD Kuantan untuk membuat laporan polis bagi membantah isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

Iklan

"Dalam kejadian tersebut, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan video atau maklumat yang tidak tepat.

Iklan

"Tindakan sedemikian boleh mengganggu ketenteraman awam serta menimbulkan ketakutan dalam kalangan masyarakat," katanya.