Dijemput Ilahi sehari sebelum Ramadan

Iklan
Keadaan MPV dan lori remuk selepas terlibat kemalangan.

NILAI - Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan lori di Jalan Persiaran Negeri berhampiran lampu isyarat Hospital Aurelius Nilai di sini pada pagi Sabtu.

Dalam kejadian jam 6.55 pagi itu, mangsa dikenali Mohd Amirol Affizan Baharom, 26, yang memandu MPV jenis Perodua Alza meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami cedera parah.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa MPV dipandu mangsa hilang kawalan sebelum dilanggar lori berkenaan.

"Apabila sampai di tempat kejadian Perodua Alza yang sedang bergerak di lorong kanantelah hilang kawalan dan terbabas melanggar tiang lampu dan batu pembahagi jalan di tengah jalan.

Iklan

"Ia menyebabkan kereta tersebut berpusing dan masuk ke lorong kiri lalu dilanggar oleh lori dipandu lelaki berusia 45 tahun yang sedang bergerak di lorong berkenaan," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, mangsa disahkan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan.

Iklan

Ujarnya, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk tampil membantu siasatan.

"Maklumat boleh disalurkan kepada Polis Daerah Nilai di talian 06-7904389 (Pusat Kawalan Daerah Nilai) atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Inspektor B Sharveen Raj.