PENAMPANG - Seorang dilaporkan rentung manakala seorang lagi maut terkena renjatan elektrik dalam kebakaran rumah di Kampung Limbanak di sini pada awal pagi Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, kedua-dua mangsa belum diketahui identiti mereka.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zeno Tingalan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.26 pagi.
Menurutnya, seramai 13 anggotanya dengan bantuan enam anggota BBP Putatan dikejar ke lokasi yang terletak sejauh lima kilometer dari BBP Penampang dikejar ke lokasi kejadian.
"Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal yang terbakar 100 peratus dan terdapat dua mangsa meninggal dunia.
"Sorang dipercayai terkena renjatan elektrik dan seorang lagi rentung di dalam rumah," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Katanya lagi, operasi memadamkan kebakaran dilakukan dengan menggunakan sumber air terbuka iaitu dari anak sungai berdekatan.
"Api berjaya dikawal pada jam 4.31 pagi namun operasi masih belum tamat dan akan dikemas kini dari masa ke masa," katanya.