ASEAN tubuh pasukan khas tangani impak tarif AS

Iklan
Tengku Zafrul.

KOTA TINGGI - Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) sepakat menubuhkan pasukan petugas khas bagi menangani cabaran ekonomi global, termasuk kesan tarif dikenakan Amerika Syarikat (AS).

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, keputusan itu dicapai dalam Permukiman AEM ke-31 di Desaru yang dihadiri menteri ekonomi dari 10 negara anggota ASEAN serta Timor-Leste.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ASEAN perlu mengambil langkah proaktif untuk memastikan rantau ini kekal kompetitif dan berdaya saing.

"Kita bersetuju bahawa strategi khusus diperlukan bagi menghadapi cabaran ini (tarif AS).

Iklan

"Oleh itu, pasukan petugas khas akan dibentuk bagi mengkaji kesan tarif tersebut dan mencadangkan langkah penyelesaian kepada Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan permukiman itu pada Jumaat

Hadir sama, Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hour.

Iklan

Pada 14 Februari lalu, Presiden AS, Donald Trump, dilaporkan mengumumkan rancangannya untuk menaikkan tarif import bagi menyamai kadar cukai yang dikenakan oleh negara lain.

Langkah itu berpotensi menjejaskan hubungan perdagangan antarabangsa, termasuk dengan ASEAN yang bergantung kepada pasaran AS.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, ASEAN turut memberi tumpuan kepada kerjasama dalam sektor perdagangan, sumber mineral strategik, keselamatan teknologi dan daya tahan rantaian bekalan.

"Pasukan petugas khas ini juga akan mengenal pasti peluang kerjasama serantau bagi memperkukuh ekonomi ASEAN," katanya.