KUANTAN - Seorang wanita warga emas maut selepas basikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta ketika cuba melintas jalan di Jalan Kampung Jawa di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, dalam kemalangan jam 10.20 pagi itu, mangsa, Chan Ah Mooi, 85, beralamat dari Jalan Bukit Setongkol di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.