Penjara Narathiwat jadi contoh kepada penjara lain di Thailand

Iklan
Sepanjang Ramadan Penjara Wilayah Narathiwat akan menganjurkan solat sunat Tarawih 20 rakaat yang diimamkan oleh orang luar khas untuk banduan beragama Islam.

NARATHIWAT, THAILAND - Sepanjang Ramadan Penjara Wilayah Narathiwat di sini akan menganjurkan solat sunat Tarawih 20 rakaat yang diimamkan oleh orang luar khas untuk banduan beragama Islam.

Ketua Pengarah Penjara Pusat Narathiwat, Komander Surin Chanthep berkata, pihaknya juga mengasingkan banduan yang berpuasa dan tidak bagi menghormati bulan mulia itu.

Iklan
Iklan

Komander Surin Chanthep.

"Layanan untuk banduan Malaysia, Thailand di sini adalah sama rata, yang beragama Islam bebas melakukan ibadah mereka mengikut kepercayaan masing-masing.

Iklan

"Kami juga senang hati jika banduan beragama Islam membuat amal yang lebih," katanya kepada pemberita.

Menurut beliau, guru agama juga dijemput ke sini untuk memberi kuliah kepada banduan sebelum Ramadan sebagai persiapan.

Iklan

Ujarnya, pelbagai aktiviti lain turut diadakan di sini termasuk berbuka puasa dalam kalangan banduan serta merlibatkan kepimpinan setempat.

"Disebabkan itu Penjara Wilayah Narathiwat dijadikan contoh kepada penjara lain di Thailand," katanya.