SANDAKAN - Mayat lelaki dilaporkan hilang selepas disambar buaya ketika menjala ikan di Sungai Batang, pada Khamis, ditemukan terapung dalam keadaan separuh badan pada jam 8.44 pagi jumaat di Batu 10, Kampung Sungai Batang Baru di sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus @ Mohd Nidzam Sainkui berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua telah berjaya menemui mangsa berusia 50-an.