Gadis diperkosa selepas dibunuh, mayat dibuang di tepi jalan

Iklan
Suspek utama, Noval (gambar kanan) diberkas pada Selasa lalu selepas penemuan mayat dalam karung di tepi jalan pada 19 Februari lalu manakala rakan subahatnya, BM (gambar kiri). - Foto Agensi

TANAH DATAR – Motif pembunuhan kejam seorang gadis akhirnya terbongkar.

Pelaku dikenali sebagai Noval Juliato, 26, mengakui dia melakukan perbuatan itu kerana sakit hati kerana sering dimaki-hamun mangsa, Cinta Novita, 15, kepadanya.

Iklan
Iklan

Kejadian menggemparkan itu berlaku di sebuah sekolah di daerah Malintang, Kecamatan Salimpaung, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat di Indonesia.

"Siasatan awal mendapati suspek mencekik leher mangsa hingga mati sebelum memperkosanya,” ujar Kasat Reskrim Polres Tanah Datar, AKP Surya Wahyudi.

Iklan

Menurutnya, Noval kemudiannya menghubungi rakan subahat, BM untuk memintanya membawa sesuatu bagi menutup jasad tidak bernyawa milik Cinta.

"Pelaku BM membawa karung sebelum mencampak mayatnya di tepi jalan. Keputusan autopsi menunjukkan terdapat kesan cekikan pada lehernya selain kesan sperma pada kemaluannya,” katanya lagi.

Iklan

Pada 19 Februari lalu, mayat mangsa ditemui penduduk setempat di pinggir jalan daerah Tabek Bunta, Nagari Sungai Tarab, Kecamatan Sungai Tarab, Kabupaten Tanah Datar setelah dilaporkan bertemu seseorang sehari sebelum itu.

Noval yang dinamakan sebagai suspek utama Berjaya diberkas Polres Langsa di Gampong Teungoh, Kecamatan Langsa Kota, Aceh pada Selasa lalu.

Sementara itu, ibu mangsa, Liza Delka berharap pelaku akan menerima hukuman setimpal atas perbuatannya. - Agensi