SHAH ALAM - Kerajaan sedang mengadakan perbincangan dengan BYD Company Limited bagi meneroka potensi pembangunan pelaburan syarikat tersebut di Malaysia terutama dalam industri automotif nasional
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pertemuan bersama wakil syarikat itu diadakan di Parlimen.
Iklan
Iklan
Menurutnya, Malaysia menghargai hasrat BYD untuk menjadikan negara sebagai hab strategik mereka di rantau ini.
"Usaha ini akan memberikan banyak kelebihan kepada negara dari sudut pelaburan dan pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tempatan terutamanya dalam sektor automotif.
"Justeru, saya berharap beberapa perbincangan susulan dapat dilakukan bagi memastikan sebarang keputusan yang diambil adalah selari dengan polisi dan ekosistem automotif negara seterusnya memacu pembangunan industri automotif nasional," katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook pada Khamis.
Tambah Ahmad Zahid, kerajaan akan terus berusaha menarik pelaburan berkualiti tinggi ke dalam negara.
"InsyaALLAH, kita akan terus berusaha ke arah itu selari dengan agenda pembangunan ekonomi negara,"ujarnya.