Lelaki hilang disambar buaya ketika menjala ikan di Sandakan

Iklan
Pasukan bomba membuat pemeriksaan lokasi dan seterusnya melakukan operasi SAR di sungai tempat mangsa hilang disambar buaya.

SANDAKAN - Seorang lelaki yang sedang menjala ikan disambar buaya dalam kejadian di Batu 10, Kampung Sungai Batang Baru di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa berusia 50 tahun hilang selepas disambar haiwan tersebut.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Severinus @ Mohd Nidzam Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.40 petang dan seramai tujuh anggota dikejar ke lokasi tersebut.

"Menurut saksi, ketika kejadian mangsa sedang menabur umpan ke dalam sungai untuk memulakan aktiviti menjala ikan, namun tiba-tiba dia disambar buaya dan hilang.

Iklan

"Pasukan bomba dalam perjalanan ke lokasi untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, maklumat terkini kejadian akan dikemas kini dari masa ke masa.

Iklan