'Doa yang ‘satu’ ini tak pernah putus' - Zahnita Wilson

Iklan
Zahnita Wilson. FOTO SINAR HARIAN ASRIL ASWANDI SHUKOR

KEMBALI bangkit daripada episod kegagalan rumah tangga yang dibina, bekas pelakon dan peragawati terkenal, Zahnita Wilson tidak mahu terus berduka sebaliknya bekerja keras demi kelangsungan hidupnya dan anak-anak.

Mengakui emosinya masih lemah, Zahnita bagaimanapun menyibukkan diri dengan bekerja bagi merealisasikan matlamat utamanya iaitu menghantar satu juta pai ke Gaza.

Iklan
Iklan

"Saya tidak kisah jika usaha itu mengambil masa yang lama, atau mungkin sehingga saya mati sekali pun. Inilah antara doa saya selama ini. Insya-ALLAH, tuhan akan tolong saya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis.

Zahnita semasa menjayakan program She Leads bertajuk ‘Crowned In Confidence Smart Money Moves To Thrive Financially’ anjuran Sinar Daily. FOTO SINAR HARIAN ASRIL ASWANDI SHUKOR

Iklan

Sebelum itu, beliau menjayakan program She Leads bertajuk ‘Crowned In Confidence: Smart Money Moves To Thrive Financially’ anjuran Sinar Daily yang dihoskan Suraya Yeop Jr dan turut menampilkan Pengasas ringgitohringgit.com, Suraya Zainudin selaku panelis.

Ditanya sama ada perkara yang berlaku telah mengubah perspektifnya terhadap kewangan dan berdikari, Zahnita mengakuinya dan menegaskan bahawa dia kena berusaha untuk menjaga diri dan mencari pendapatan sendiri.

Iklan

SURAYA

"Saya tak boleh bergantung kepada sesiapa, jadi mahu atau tidak kena sedia untuk bertanggungjawab kepada diri sendiri dan anak-anak.

"Jangan takut untuk keluar daripada hubungan toksik. Hanya satu yang kita patut takut iaitu ALLAH.

"Tanam dalam hati dan fikiran, saya tak takutkan sesiapa melainkan ALLAH. Kemudian, semuanya akan berjalan lancar dan mudah,” katanya.

Pengasas ringgitohringgit.com, Suraya Zainudin pula berkata, penting untuk wanita ada kestabilan kewangan sendiri walaupun mereka bergantung kepada pasangan dan keluarga.

"Wanita memerlukan duit lebih untuk bersara kerana golongan ini selalunya mempunyai jangka hayat yang lebih panjang.

"Itu juga bermakna ada kemungkinan untuk ada penyakit yang lebih lama, jadi mereka memerlukan dana untuk berubat.

"Dalam masa sama, wanita juga mungkin dibayar lebih rendah berbanding lelaki sebab mereka lebih cenderung untuk keluar daripada pekerjaan atau tidak mengambil pekerjaan yang memberikan gaji besar.

Suraya (kanan) dan Zahnita (tengah) sewaktu menjayakan program She Leads bertajuk ‘Crowned In Confidence Smart Money Moves To Thrive Financially’ anjuran Sinar Daily pada Khamis. FOTO SINAR HARIAN ASRIL ASWANDI SHUKOR

"Oleh itu, wanita kena cari duit lebih dengan cara lain supaya mereka dapat membina dana perubatan dan persaraan mereka,” jelasnya.

Program bual bicara She Leads kini sudah memasuki usia setahun dan bermatlamatkan untuk membuka minda peserta khususnya wanita untuk tampil lebih berani dan memperkasakan golongan itu.

Rancangan dan berita penuh mengenai episod terbaharu She Leads boleh ditonton dan dibaca melalui semua platform Sinar Daily.