Tragedi rentung lima beranak: Sistem pendawaian elektrik bukan punca kebakaran - Bomba

Iklan
Pada 13 Februari lalu, media melaporkan lima sekeluarga termasuk empat kanak-kanak rentung dalam kebakaran sebuah rumah separa kekal di Kampung Berangan Enam, Jasin dipercayai berlaku pada 1.40 pagi. - Gambar fail

MELAKA - Kebakaran rumah yang menyebabkan lima beranak rentung di Kampung Berangan Enam, Jasin, baru-baru ini, disyaki berpunca daripada kemalangan dan bukan disebabkan sistem pendawaian elektrik.

Iklan
Iklan

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Mohd Pisar Aziz bagaimanapun berkata, butiran lanjut punca kebakaran belum dapat didedahkan kerana penemuan siasatan perlu dirujuk kepada agensi lain iaitu polis dan Jabatan Kesihatan.

"Di peringkat JBPM Melaka, kita telah ada penemuan berkaitan punca kebakaran dan telah dibawa ke Mesyuarat Pelaporan Penyiasatan Kebakaran, tetapi kita perlu berbincang dengan dua lagi agensi bagi memastikan kesahihan.

Iklan

"Apa boleh saya katakan ialah kebakaran itu bersifat kemalangan dan kita perlu sedikit masa sebelum pengesahan dibuat serta diumumkan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Tahunan Tahun 2025 JBPM Melaka di sini pada Khamis.

Pada 13 Februari, media melaporkan lima sekeluarga termasuk empat kanak-kanak rentung dalam kebakaran sebuah rumah separa kekal di Kampung Berangan Enam, Jasin dipercayai berlaku pada jam 1.40 pagi.

Iklan

Mereka ialah Laila Fathinah Mustapa, 37, dan anak-anaknya Nur Damia Batrisyia Abdullah, 13; Izz Daffa Hafizuddin, 7; Nur Dalilah Khadijah, 6; dan Izz Danish Fathi, 4.

Suami Laila Fathinah, Muhammad Khairuddin Sa'ari, 35, bagaimanapun selamat dalam kejadian itu. - Bernama