Polis kemas kini kertas siasatan kes gaduh pertandingan seni bela diri
Iklan
Mohd Iqbal (kiri), Laporan Sinar Harian berkaitan bergaduh selepas penyertaan pertandingan seni bela diri dibatal.
SHAH ALAM - Polis sedang mengemas kini kertas siasatan berhubung pergaduhan sekumpulan individu ketika pertandingan seni bela diri di sebuah dewan di sini, sebelum diserahkan semula kepada Timbalan Pendakwa Raya.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, sebelum ini, pihaknya telah merujuk kertas siasatan itu kepada Timbalan Pendakwa Raya.
Iklan
Iklan
"Ada arahan lanjut... kita sedang mengemas kini kertas siasatan untuk dirujuk semula," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Sebelum ini, media melaporkan keputusan penganjur membatalkan penyertaan dua peserta dalam pertandingan seni bela diri dipercayai mencetuskan pergaduhan di sebuah dewan di Seksyen 19, di sini pada Ahad.
Iklan
Dua peserta terbabit dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan penganjur lalu bertengkar dan mencabar satu sama lain untuk berlawan di atas gelanggang.
Tindakan provokasi mereka menyebabkan penyokong turut bertindak agresif sehingga berlaku pergaduhan besar.
Iklan
Polis telah menahan tiga individu berusia 40 tahun hingga 61 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, tular video memaparkan pergaduhan beberapa individu selepas dipercayai akibat tidak berpuas hati penyertaan mereka dalam satu pertandingan di sini dibatalkan kerana pihak lawan tidak dapat hadir akibat sakit.
Pergaduhan yang pada awalnya hanya membabitkan dua peserta itu kemudian bertukar lebih ganas apabila penyokong masing-masing masuk campur, mengakibatkan pergelutan serta insiden baling kerusi yang menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal.
Rakaman video berdurasi 41 saat yang tular di media sosial menunjukkan suasana kecoh dengan beberapa individu bergelut di dalam dewan sebelum pergaduhan merebak ke luar.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>