COPENHAGEN - Sebuah bilik kebal yang menyimpan benih tanaman makanan dari seluruh dunia sebagai persiapan ‘hari kiamat’, menerima lebih 14,000 sampel baharu pada Selasa, lapor Reuters.
Dinamakan sebagai bilik Svalbard Global Seed Vault (SGSV) ia terkenal dengan fungsinya untuk menyimpan benih tanaman makanan dari seluruh dunia.
Iklan
Iklan
Bilik kebal ini terletak di sebuah gunung di pulau terpencil Svalbard, Norway, ia dibina bertujuan untuk melindungi genetik tanaman daripada bencana besar seperti peperangan nuklear dan perubahan iklim.
Dilancarkan pada tahun 2008, ia telah menjadi penyelamat bagi bank benih dunia, menyimpan kod genetik bagi ribuan spesies tumbuhan. Ia dilindungi oleh lapisan permafrost yang membekukan sampel-sampel benih tersebut, memastikan ia kekal dalam keadaan baik untuk jangka masa yang panjang.
Pengarah Eksekutif Crop Trust, Stefan Schmitz berkata, benih yang disumbangkan pada minggu ini tidak hanya melambangkan kepelbagaian biologi, tetapi juga pengetahuan, budaya, dan ketahanan masyarakat yang menjaga benih-benih berkenaan.
Selain itu, sampel baharu juga termasuk benih pokok-pokok dari Sweden dan padi dari Thailand.
Sehingga kini, lebih 14,000 sampel baharu telah diserahkan, dan ini menjadi sebahagian daripada usaha global untuk memastikan keselamatan bekalan makanan dunia. - Agensi
Artikel Berkaitan