'ALLAH sayangkan Hud Aryan' - Keluarga reda, jasad ditemui selepas laungan azan di sungai

Iklan
Keluarga kanak-kanak yang hilang tiga hari dan ditemukan meninggal dunia, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi, 19 bulan reda dengan 'pemergiannya'.

TANAH MERAH - Keluarga kanak-kanak yang hilang tiga hari dan ditemukan meninggal dunia, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi, 19 bulan reda dengan 'pemergiannya'.

Ibu saudaranya, Azean Suhailey Ramley berkata, ketika pencariannya di sekitar sungai petang Rabu, dia turut menaiki bot bersama bomba.

Iklan
Iklan

Katanya, ketika itu mereka bersama melaungkan azan sebelum mereka dihubungi oleh anggota yang turut serta mencari di kawasan berdekatan.

"Alhamdulillah, dia (Hud Aryan) ditemui, tak tahu macam mana nak kata," katanya.

Pencarian Hud Aryan menggunakan khidmat anjing pengesan

Iklan

Menurut Azean Suhailey, anak saudaranya itu lengkap berpakaian ketika ditemukan kira-kira tiga kilometer (km) dari lokasi kejadian.

Azean berkata, dia turut bersyukur penantian mereka sekeluarga terjawab walaupun berat untuk menerima ujian berkenaan.

Iklan

"ALLAH pinjamkan Hud Aryan Mohd Nor Hafifi kepada kami hanya 19 bulan sebelum ALLAH tarik semula.” katanya.

Sebelum pencarian, anggota polis dan keluarga turut melaksanakan solat hajat bagi memohon petunjuk.

Hud Aryan ditemukan anggota operasi tersangkut pada pokok di tebing sungai berhampiran Ladang Getah Kerila kira-kira 3km dari kediaman neneknya di Kampung Aira Kuala Tiga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, kejadian berkenaan tidak membabitkan sebarang kes jenayah.

Katanya, kes diklasikasikan sebagai mati mengejut.