Skandal beras bunuh kepercayaan pengguna

Iklan
Nur Asyikin (kiri), Laporan muka depan Sinar Harian pada Khamis mengenai tembelang pengilang padi terbongkar.

PUTRAJAYA - Skandal pengilang mencampurkan beras putih tempatan (BPT) ke dalam kampit beras import telah membunuh kepercayaan pengguna.

Malah, Ketua Pegawai Operasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Nur Asyikin Aminuddin berkata, perbuatan kotor pengilang yang tidak bertanggungjawab itu menambahkan beban kewangan orang ramai yang sedang bergelut dengan kesan kos sara hidup.

Iklan
Iklan

"Amalan tidak beretika pengilang ini merosakkan sistem sokongan sedia ada untuk golongan rentan yang memerlukan,” katanya.

Menurut beliau, pendedahan Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menunjukkan bahawa terdapat tangan-tangan ghaib memanipulasi keadaan dalam industri padi dan beras.

Iklan

"Justeru, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas termasuk menyenaraihitamkan pengilang dan anak syarikat yang terbabit dalam skandal tersebut,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Nur Asyikin berkata, pihak terlibat perlu dikenakan hukuman setimpal mengambil kira nilai subsidi negara yang telah dibelanjakan.

Iklan

Dalam masa sama, beliau menggesa kerajaan campur tangan dalam menetapkan harga beras import di pasaran kerana ia sudah dicampurkan dengan beras tempatan.

"Adalah tidak wajar jika beras import dijual pada harga sekarang kerana ia sudah dicampurkan beras tempatan. Sepatutnya pengguna perlu dapat produk yang sesuai dengan harga dibayar.

"Apabila beras import dicampur dengan beras tempatan yang telah mendapat harga subsidi jauh lebih murah, ini tidak adil kepada pengguna yang terpaksa bayar lebih,” katanya.