Lelaki rugi RM132,000 diperdaya 'kekasih AI'

Iklan
Wanita dijanakan AI menyebabkan seorang lelaki kerugian ratusan ribu ringgit. - Agensi

SHANGHAI - Seorang lelaki di Shanghai ditipu hampir 200,000 yuan (RM132,000) dalam hubungan jarak jauh dengan seorang wanita yang sebenarnya dicipta menggunakan kecerdasan buatan (AI), lapor media kerajaan China.

Menurut penyiar rasmi CCTV, sindiket penipuan menggunakan perisian AI generatif untuk mencipta imej dan video realistik seorang wanita muda bagi menyamar sebagai 'Cik Jiao'.

Iklan
Iklan

Mangsa, yang hanya dikenali sebagai Liu, diperdaya untuk menyerahkan wang selepas penipu menggunakan imej dan video palsu bagi meyakinkannya bahawa 'kekasih' dalam taliannya memerlukan dana untuk membuka perniagaan dan membantu saudara yang sedang sakit.

Siasatan polis mendapati kumpulan penipu tersebut beroperasi sebagai satu pasukan, menghantar foto dan video yang semuanya dihasilkan melalui AI atau gabungan beberapa imej untuk menjadikan watak 'Cik Jiao lebih meyakinkan.

Iklan

"Sepanjang tempoh perkenalan, Liu tidak pernah bertemu dengan Cik Jiao secara bersemuka," lapor CCTV.

Rakaman berita turut menunjukkan beberapa gambar seorang wanita dalam pelbagai situasi, termasuk memegang palet lukisan dan berdiri di jalan bandar.

Iklan

Kemunculan teknologi AI yang mampu menghasilkan teks, imej dan video secara realistik telah membawa kepada peningkatan penipuan siber di seluruh dunia.

Awal bulan ini, syarikat teknologi gergasi Meta turut memberi amaran kepada pengguna internet agar berwaspada terhadap individu yang menjanjikan percintaan dalam talian tetapi sebenarnya hanya mahu menipu untuk mendapatkan wang, susulan peningkatan kes penipuan menggunakan AI. - AFP