Industri media cipta lembaran baharu, RUU Majlis Media Malaysia 2024 diluluskan

Iklan
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching pada sesi pergulungan ketika Rang Undang-Undang BERNAMA (Pindaan) 2024 pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat pada Rabu. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Industri media Malaysia mencipta sejarah apabila Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia (MMM) 2024, antara lain bertujuan menjamin kebebasan media dalam memastikan masyarakat mendapat informasi sahih, berintegriti dan adil.

Rang undang-undang bagi penubuhan MMM itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas 18 Ahli Parlimen.

Iklan
Iklan

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching ketika membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali kedua berkata cadangan penubuhan satu jawatankuasa atau organisasi bagi menyelaraskan urus tadbir industri media di Malaysia telah dicetuskan sejak 1973.

Namun, beliau berkata, penubuhan MMM hanya dikemukakan kepada Jemaah Menteri dan diluluskan pada 6 Dis 2019, sebelum mesyuarat kick-off penubuhan majlis itu diadakan pada 16 Januari 2020, dipengerusikan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Iklan

"Sejak awal 2023, sesi perbincangan antara Kementerian Komunikasi dengan Jawatankuasa Protem MMM telah giat dijalankan secara berkala,” katanya.

Nie Ching berkata, melalui penubuhan MMM, kerajaan yakin ruang semak dan imbang boleh dilaksanakan pemain industri media sendiri bagi meningkatkan amalan integriti dan pematuhan etika.

Iklan

Beliau berkata, antara cabaran dihadapi industri media ketika ini ialah ketiadaan kod etika pelaporan yang standard untuk diguna pakai semua pengamal media di Malaysia.

Menurut Nie Ching, sekiranya orang awam merasa terjejas dengan pelaporan yang dibuat pengamal media, mereka tidak mempunyai platform untuk membuat aduan dan tiada mekanisme penyelesaian melalui proses perundangan sedia ada di mahkamah.

Justeru, katanya penubuhan MMM dapat menentukan standard berkaitan media, mewujudkan medium komunikasi antara orang awam, media atau akhbar dan juga kerajaan, serta menjadi sebuah badan yang memudah cara aduan yang diterima.

"Kerajaan pada hari ini merasakan sudah tiba masanya untuk menubuhkan satu badan bagi menyelaraskan tadbir urus media di Malaysia yang diterajui industri media sendiri.

"Penubuhan MMM dengan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan dapat mewujudkan satu kod etika yang dapat digunakan secara menyeluruh oleh semua pihak," katanya.