KOTA BHARU - Seramai 56 orang penduduk di Tanah Merah terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka ditenggelami banjir susulan hujan lebat sejak Isnin.
Sekretariat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan berkata, kesemua mangsa sedang berlindung di tiga buah PPS.