PM usik Syed Saddiq, nama Bella Astilah disebut dalam Dewan Rakyat

Iklan
Anwar (kanan) sempat mengusik Syed Saddiq (kiri) sebelum menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Muar itu ketika sesi Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR -"Muar tak pakai baju Melayu hari ni? Model pakaian tak ada hari ni? Hari ini pakai baju apa?"

Demikian usikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika sidang Dewan Rakyat, pada Selasa.

Iklan
Iklan

Usikan tersebut kemudiannya disambut dengan gelak tawa ahli-ahli Parlimen lain yang terhibur selain kedengaran nama pelakon, Bella Astillah disebut.

"Saya gurau-gurau sahaja," tambah Anwar selepas itu.

Iklan

Terdahulu Syed Saddiq pada sesi pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) bertanya mengenai langkah proaktif kerajaan menangani banjir pada musim monsun serta faktor luar jangka di kawasan sering banjir.

Sebelum ini, Syed Saddiq dan Bella Astilah mencuri tumpuan ramai selepas mengadakan sesi siaran langsung di TikTok sambil memasak.

Iklan

Siaran langsung lebih dari satu jam itu berjaya menarik kira-kira satu juta tontonan dan menerima lebih 13 juta tanda suka.