Juruteknik Modifikasi Kerusi Roda

Iklan
Juruteknik Modifikasi Kerusi Roda yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) Mohd Rosdi Osman, 61, meneliti bahagian kerusi roda yang memerlukan pengubahsuaian ketika ditemui Bernama di Pusat Transformasi OKU Universiti Sains Malaysia (USM)-Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Kubang Kerian di sini.

Tragedi menyayat hati sejak 32 tahun lalu akibat dihempap sebahagian 'badan bas' ketika sedang membaikinya telah menyebabkannya mengalami kecederaan saraf tunjang dan perlu bergantung hidup dengan kerusi roda untuk melakukan rutin harian.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Walaupun lumpuh dari paras pinggang hingga ke kaki dan OKU ia sama sekali tidak melunturkan semangat untuk terus bangkit sehingga mampu modifikasi kerusi roda untuk golongan yang senasib dengannya.

Pada awalnya agak sukar untuk ubah suai kerusi roda kerana tidak mempunyai kemahiran sebelum ini tetapi disebabkan memiliki kemahiran membaiki kenderaan Rosdi telah mempraktikannya untuk dilakukan pada kerusi roda pula dan mampu membaiki serta mengubah suai sekurang-kurangnya tiga kerusi roda sehari termasuk kerosakan tayar.