'Special offer' Ramadan di masjid
Iklan
Bunting 'promosi Ramadan' dipasang di tiang lampu jalan-jalan utama di tiga kampung di bawah kariah Masjid Kariah Pekan Labu.
SEREMBAN - Sekali pandang, bunting yang dipasang di sepanjang jalan menuju ke Masjid Kariah Pekan Labu di sini kelihatan seperti bunting promosi jualan murah Ramadan, tetapi sebenarnya adalah bunting mesej Ramadan.
Antara yang ditulis pada bunting tersebut ialah 'special offer' Ramadan tadarus al-Quran, bulan bersedekah, bulan keampunan dan bulan beramal.
Iklan
Iklan
Inisiatif itu diambil jawatankuasa Masjid Kariah Pekan Labu di sini bagi memberi semangat dan galakan kepada kariah di situ untuk memanfaatkan bulan berkenaan dengan pelbagai aktiviti keagamaan.
Setiausaha masjid, Mohd Faizal Tajuddin berkata, pihaknya telah membelanjakan lebih RM500 untuk menempah bunting berkenaan yang dipasang di tiga kampung di situ.
Iklan
"Kita pasang di jalan-jalan utama di Kampung Batu 10, Kampung Lambar dan Kampung Kilang Padi.
"Ini merupakan kali pertama masjid mengambil pendekatan begini untuk menyampaikan mesej dan nampaknya ia mendapat respon positif daripada masyarakat," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Iklan
Menurutnya, meskipun mesejnya ringkas, namun beliau percaya sedikit sebanyak dapat menyuntik rasa semangat penduduk di situ untuk mengejar pahala sepanjang Ramadan.
Selain itu katanya, sebanyak 1,000 risalah promosi Ramadan turut diedarkan bagi mengajak masyarakat menyumbang.
"Kami hanya menggunakan ayat yang ringkas pada bunting dan risalah diedarkan, tetapi paling penting mesejnya jelas.
"Walaupun mesej-mesej yang tertera pada bunting itu semua orang tahu, tapi setidak-tidaknya apabila orang tengok, mereka ada semangat untuk ke masjid," katanya.
Tambahnya, sepanjang Ramadan ini juga pihaknya akan mengadakan tadarus, program sahur percuma pada 10 malam terakhir dan berbuka puasa perdana.
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.