4 maut, 6 cedera jambatan runtuh di Korea Selatan

Iklan
Tiga orang maut dan lima yang lain cedera selepas jambatan runtuh di tapak pembinaan lebuh raya di Korea Selatan pada 25 Februari 2025. Foto AFP

CHEONAN - [DIKEMAS KINI] Sebuah jambatan runtuh di tapak pembinaan lebuh raya di Cheonan pada Selasa, mengakibatkan empat pekerja maut dan enam yang lain cedera, lapor Agensi Berita Yonhap memetik pihak berkuasa.

Kejadian berlaku sekitar 9.50 pagi waktu tempatan ketika kerja-kerja pembinaan di lebuh raya Seoul-Sejong.

Iklan
Iklan

Lima rasuk keluli sepanjang 50 meter yang menyokong jambatan runtuh satu demi satu semasa kerja-kerja pembinaan.

Penyelamat mencari pekerja yang hilang selepas sebuah jambatan runtuh di tapak pembinaan lebuh raya di Anseong pada 25 Februari 2025. Foto AFP

Kesemua lapan mangsa yang terkorban atau cedera berada di bawah jambatan itu ketika kejadian.

Iklan

Agensi Bomba Kebangsaan mengerahkan anggotanya bagi mencari mangsa yang hilang dalam insiden itu.

Pemangku Presiden Choi Sang-mok mengeluarkan arahan kecemasan untuk menggunakan semua sumber dan tenaga kerja yang ada bagi operasi menyelamat. - Bernama-Yonhap

Iklan