KOTA BHARU - Empat kampung yang terletak dalam radius lima kilometer berhampiran lembangan Sungai Golok di Tanah Merah dijangka mengalami banjir mulai hari ini hingga Khamis (27 Februari).
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan aras air sungai dan status semasa air sungai yang diramalkan naik dan melebihi paras bahaya.