Jual daging lembu serendah RM30 sekilogram sepanjang Ramadan

Iklan
Penternak jual daging lembu serendah RM30 sekilogram sepanjang Ramadan.

JELEBU - Seorang penternak lembu di Kampung Chenor di sini sanggup menjual daging, tulang, dan organ haiwan ternakannya itu pada harga RM30 sekilogram, lebih murah berbanding harga pasaran ketika ini.

Mohd Hafiz Roslan, 40-an, berkata, dia memperuntukkan 100 ekor lembu untuk tujuan tersebut sejak dua minggu lalu sehingga menjelang Syawal nanti.

Iklan
Iklan

"Harga pasaran daging lembu kini berada antara RM36 hingga RM45 sekilogram bergantung kepada kawasan.

"Tujuan jualan murah ini adalah untuk membolehkan lebih ramai orang menikmati daging segar pada harga berpatutan, terutamanya sepanjang bulan Ramadan dan dalam suasana menyambut Syawal," katanya.

Iklan
Daging lembu segar dari sebuah ladang di Kampung Chenor, Jelebu.

Menurutnya, penghantaran percuma sekitar Kuala Klawang dan pembeli boleh datang terus ke ladang di kampung tersebut untuk membeli daging tanpa had kuantiti.

Ujarnya, daging yang ditawarkan pula adalah segar dari ladang sesuai dengan kaedahnya penjagaannya, diternak secara sistematik dalam kandang dan tidak dilepaskan merayau.

Iklan
Daging yang ditawarkan pula adalah segar dari ladang sesuai dengan kaedahnya penjagaannya, diternak secara sistematik dalam kandang dan tidak dilepaskan merayau.

"Kami hanya beri makanan berkualiti seperti dedak dan rumput napier yang ditanam sendiri di kawasan ladang.

"Jualan daging pada harga RM30 sekilogram masih ada untung, tetapi kepuasan saya lebih kepada melihat orang ramai gembira dapat beli daging pada harga mampu milik," katanya.