KUALA TERENGGANU - Sebuah restoran kari kepala ikan terkenal di Kampung Pasir Tinggi, Hulu Terengganu musnah 60 peratus dalam kebakaran yang berlaku pada petang Isnin.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Khairi Mohd Dali berkata, laporan kejadian diterima pada 5.54 petang sebelum enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wakaf Tapai dibantu sembilan anggota BBP Kuala Terengganu digegaskan ke lokasi.