[VIDEO] RUU PSB: Kerajaan tiada kuasa usir pemilik tanah, premis

Iklan

KUALA LUMPUR - Pindaan Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang dicadangkan tidak akan memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengusir mana-mana pemilik harta asal, tanpa mengira etnik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tidak akan ada peruntukan di bawah RUU berkenaan yang membenarkan pengusiran pemilik harta bandar.

Iklan
Iklan

"Tidak timbul sama sekali pemilik asal tanah tanpa mengira kaum akan diusir daripada pemilikan tanah atau premis secara paksaan, malah status tanah asal kekal sama ada rizab Melayu atau status kekal tidak akan berubah.

"Kerajaan akan memastikam setiap pemilik asal hartanah memahami hak serta perlindungan yang diberikan," katanya ketika sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata demikian menjawab soalan asal Tan Kar Hing (PH-Gopeng) mengenai komitmen kerajaan atas cadangan RUU PSB yang akan memastikan tiada pemilik tanpa mengira kaum diusir daripada pemilikan tanah atau premis secara paksaan, seperti yang dinyatakan dengan jelas Perkara 13 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Anwar ketika sesi PMQT di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Sebelum ini Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Datuk Dr Alias Rameli dilapor menjelaskan, RUU berasaskan 10 prinsip itu mengutamakan ketelusan pentadbiran kerajaan dan jaminan mengekalkan hak-hak yang dinikmati pemilik hartanah berdaftar.

Iklan

Dalam pada itu, Anwar berkata, dalam mana-mana negara yang pesat membangun, muncul bandar yang kian berkembang dan sudah tentu ada bangunan yang tidak selamat, sesak dan miskin yang harus dibangunkan, selain projek terbengkalai.

"Sebab itu, sejak 2012, garis panduan dikemukakan, diusulkan pada 2013 dan seterusnya proses penggubalan dimulakan pada 2015.

"Jadi, soal gopoh (dalam membuat cadangan RUU PSB) itu, saya tidak faham mengapa dibangkitkan sekarang.

"RUU ini belum pun dibentangkan, tetapi prinsip ini saya jamin ia selaras dengan kehendak Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan dan dalam menggubal RUU ini, kita tidak mengetepikan prinsip serta prinsip perundangan sedia ada," tegasnya.