Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda tujuh negeri hingga 1 tengah hari Selasa. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda tujuh negeri hingga 1 tengah hari ini.

Dalam kenyataannya, MetMalaysia memaklumkan negeri terlibat Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.

Iklan
Iklan

Di Kedah, kawasan terjejas termasuk Padang Terap, Sik dan Baling manakala di Perak melibatkan Hulu Perak.

Kawasan lain turut tersenarai ialah Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala dan Gua Musang di Kelantan; Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu; dan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan serta Rompin di Pahang.

Iklan

Keadan cuaca sama diramal berlaku di Johor meliputi Segamat, Mersing dan Kota Tinggi.

Selain itu, di Sarawak kawasan terlibat Kuching, Serian dan Samarahan. - Bernama

Iklan