Prasarana tubuh jawatankuasa siasat insiden lelaki OKU maut digilis tren
Iklan
Laporan Sinar Harian berkaitan lelaki OKU maut digilis tren LRT selepas terjatuh atas landasan.
KUALA LUMPUR - Satu jawatankuasa ditubuhkan bagi menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) penglihatan maut digilis tren selepas terjatuh di kawasan landasan Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa di sini pada Sabtu lepas.
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan hari ini memaklumkan hasil laporan itu akan dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
Iklan
Iklan
Prasarana memaklumkan akan mengambil tindakan segera untuk menangani dan mempertingkatkan aspek keselamatan bagi semua pengguna rel terutamanya golongan OKU, dengan menambah bilangan anggota polis bantuan di stesen-stesen yang tidak mempunyai pintu platform automatik (PSD) dan bilangan pengguna OKU yang tinggi.
"Penambahan anggota polis bantuan ini adalah untuk mempertingkatkan pemantauan di platform bagi mengenal pasti dan memberi pertolongan dengan lebih efisien kepada pengguna khususnya OKU dan warga emas. Tatacara pengendalian operasi (SOP) ditambah baik bagi meningkatkan mutu pemantauan khususnya di platform.
Iklan
"Prasarana juga sedang dalam proses menaik taraf kepada kamera litar tertutup pintar atau SMART CCTV yang berupaya mengesan perilaku aneh dan berisiko.
"Langkah ini dapat memberi amaran awal kepada pihak operasi sekiranya berlaku sebarang insiden khususnya di platform,” menurut kenyataan itu.
Iklan
Kenyataan itu menyebut kerja-kerja pemasangan kamera dijangka siap pada hujung tahun ini secara berperingkat bermula dengan Laluan Monorel sebelum diteruskan ke laluan-laluan lain.
Prasarana juga sedang dalam perancangan untuk memasang PSD bagi langkah jangka panjang di Laluan Ampang-Sri Petaling dan Laluan Kelana Jaya.
"Fungsi PSD amat penting bagi mengelakkan pengguna turun atau terjatuh ke atas landasan. Untuk rekod, pemasangan PSD di Laluan Monorel telah siap pada penghujung tahun lepas,” menurut kenyataan itu.
Prasarana memaklumkan akan melipatgandakan sesi libat urus bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan OKU bagi mendapatkan maklum balas serta memperbaiki prosedur dari semasa ke semasa dan menyeru semua pengguna yang memerlukan bantuan tambahan, khususnya OKU agar mendapatkan khidmat daripada petugas stesen sebelum menaiki tren. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>