KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar kepedulian terhadap kebajikan rakyat, terus menjadi keutamaan dan diuruskan dengan baik.
Menerusi hantaran di Facebook rasminya, Anwar berkata, hari ini beliau menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud di Perdana Putra, Putrajaya.