Budak 5 tahun jatuh dalam perigi tiub sedalam hampir 10 meter

Iklan
Operasi menyelamat menyelamatkan mangsa sedang giat dijalankan - Foto: Agensi

RAJASTHAN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun terjatuh ke dalam sebuah perigi tiub sedalam 9.75 meter di sebuah ladang pertanian di daerah Jhalawar, Rajasthan pada Ahad mendorong operasi menyelamat dijalankan oleh pihak berkuasa.

NDTV melaporkan, mangsa dikenali sebagai Prahalad dipercayai sedang bermain di kawasan ladang berkenaan sebelum tergelincir ke dalam perigi itu pada jam 1.15 petang waktu tempatan.

Iklan
Iklan

Menurut polis, kejadian berlaku ketika ibu bapanya sedang sibuk melakukan kerja di ladang manakala kanak-kanak itu dikatakan duduk di atas batu berhampiran perigi sebelum terjatuh ke dalamnya.

Ketika ini, Prahalad masih terperangkap pada kedalaman hampir 10 meter dan dilaporkan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Iklan

Pasukan Pengurusan Bencana Negara (NDRF) dan Pasukan Bencana Negeri (SDRF) telah dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.

"Pasukan penyelamat sedang berusaha membawa keluar mangsa dengan menggunakan beberapa peralatan bantuan," kata Pegawai Sub-Divisyen (SDM) Chhatrapal Choudhary.

Iklan

Sementara itu, bapa mangsa, Kalulal, memaklumkan bahawa perigi itu baharu sahaja digali dua hari lalu dan bercadang untuk menutup perigi tersebut sebelum insiden itu terjadi.

Difahamkan, empat jentera JCB turut digunakan dalam operasi menyelamat tersebut.

Dalam pada itu, pasukan perubatan turut berada di lokasi, manakala bekalan oksigen disalurkan kepada mangsa menerusi paip bagi memastikan dia dapat terus bernafas, menurut Timbalan Superintenden Polis (DSP) Jaiprakash Atal.-Agensi