Dua pekerja asing rentung, dua melecur bilik transformer kilang terbakar

Iklan
Pasukan bomba sedang melakukan kerja-kerja memadamkan kebakaran di bilik transformer sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Tangga Batu pada pagi Isnin.

MELAKA - Dua pekerja kilang warga asing rentung manakala dua lagi melecur dalam kebakaran yang berlaku di bilik transformer sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Tangga Batu di sini pagi Isnin.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi itu menyebabkan dua pekerja yang melecur masing-masing berusia 30-an manakala identiti keempat-empat mangsa masih belum dapat dikenal pasti.

Iklan
Iklan

Kamonder Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu, Roslan Manas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.08 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu dan dibantu BBP Cheng dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, berdasarkan laporan awal, empat mangsa terlibat dalam insiden ini, di mana dua lelaki warga Bangladesh berjaya dikeluarkan namun mengalami kecederaan melecur.

Dua mangsa yang terselamat mengalami kecederaan melecur pada bahagian badan dalam kejadian kebakaran di sebuah kilang di sini pada Isnin.

Iklan

"Kita menerima laporan laporan dua lagi mangsa yang terperangkap telah dijumpai dan disahkan meninggal dunia.

"Namun mangsa belum dapat dikeluarkan kerana api masih marak dan kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Iklan

Tambahnya, kebakaran di bahagian atas bangunan dua tingkat itu menyebabkan kira-kira 40 peratus daripada bilik transformer berkeluasan 20x50 kaki persegi musnah dalam insiden tersebut.