KUALA KRAI - Masjid Mukim Kecil Bandar Baru Kuala Krai atau Masjid Ibnu Batutah akan menjadi pusat setempat penduduk menerusi pelbagai kemudahan awam yang disediakan seperti taman rekreasi, medan selera selain sebagai tempat ibadah.
Pengerusinya, Dr Mohd Azmi Yaacob berkata, pembinaan masjid di atas tanah seluas 0.8 hektar tersebut dijangka boleh memuatkan seramai 1,100 jemaah dalam satu masa itu turut memainkan peranan sebagai perhentian untuk musafir yang menggunakan lebuh raya Kuala Krai-Gua Musang.