Skuad takraw Bihar 2025 buat simulasi awal Ramadan
Iklan
Muhammad Noraizat Mohd Nordin (kanan) antara pemain yang dibawa ke Piala Dunia Bihar 2025.
KETUA jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun mengingatkan pemain yang mengalas cabaran Piala Dunia 2025, tidak menjadikan puasa alasan untuk tidak menampilkan aksi terbaik.
Sebaliknya, Ahmad Jais yang juga bekas tekong negara mahu pemain menggandakan usaha dalam membentuk kekuatan mental dan fizikal dalam baki sesi latihan.
Iklan
Iklan
Jelasnya, pemilihan pemain untuk Bihar 2025 adalah berdasarkan prestasi semasa juga perancangan selepas temasya tersebut.
"Ya, kita sedia maklum selain berdepan cabaran pasukan lawan sepanjang Piala Dunia Dunia, Ramadan juga antara ujian untuk skuad negara di Bihar.
Iklan
"Kita juga sedar dengan perubahan terkini dalam permainan sepak takraw selain beraksi dalam bulan Ramadan akan menguji pemain.
"Biarpun begitu, saya percaya prestasi pemain tidak menjadi masalah kerana pernah beraksi pada bulan puasa. Dan bagi tujuan itu, kita akan memanfaatkan sesi latihan dengan buat simulasi pertandingan bulan Ramadan.
Iklan
"Ini bagi membolehkan pemain membiasakan lebih awal sebelum mengharungi cabaran dahaga dan lapar terutama untuk perlawanan sebelah pagi dan petang di Bihar,” katanya kepada Sukan Sinar.
Sebagai rekod, Piala Dunia dijadualkan berlangsung di Bihar, India dari 20 hingga 25 Mac depan dijangka disertai 18 pasukan.
Saingan kali ini menyaksikan skuad lelaki dan wanita negara akan menyertai acara Quadrant dan Double.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>