Akaun media sosial palsu menyamar Sultan Ibrahim
Iklan
Akaun media sosial palsu yang menyamar sebagai Sultan Ibrahim dan menggunakan gambar Keluarga Diraja Johor tanpa kebenaran.
KUALA LUMPUR - Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) memaklumkan terdapat akaun media sosial palsu yang menyamar sebagai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan menggunakan gambar Keluarga Diraja Johor tanpa kebenaran.
Perkara itu dikongsikan menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Ahad.
Iklan
Iklan
"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan akaun-akaun palsu ini yang sering digunakan oleh scammers untuk tujuan penipuan di Facebook serta platform media sosial lain,” menurut hantaran itu.
Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor juga menegaskan penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang dan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak terlibat.
Iklan
Dalam hantaran sama, beberapa tangkap layar turut disertakan memaparkan akaun palsu tersebut di platform X bersama dengan hantaran-hantaran yang dibuat.
Sebelum ini, dilaporkan terdapat akaun palsu menggunakan identiti Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah di platform Instagram. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Jerebu: Malaysia tunggu pengesahan Indonesia gerakkan aset bantuan - Fahmi"><meta itemprop="description" content="Malaysia masih menunggu pengesahan daripada pihak Indonesia untuk mengerakkan aset-aset yang boleh digunakan bagi membantu menangani kebakaran hutan di negara itu, yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan.
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar (Wisma Putra) kepada Jemaah Menteri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795540/berita/nasional/jerebu-malaysia-tunggu-pengesahan-indonesia-gerakkan-aset-bantuan---fahmi
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jerebu #FahmiFadzil #tanganijerebu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T11:42:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5wspa"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5wspa"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5wspa"></script>