Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta

Iklan
Kebakaran telah berlaku melibatkan sebuah motosikal yang dipercayai berpunca daripada kemalangan jalan raya dengan kereta jenis Perodua Viva.

KOTA BHARU - Seorang remaja maut manakala motosikal yang ditungganginya terbakar selepas dipercayai bertembung sebuah kereta di atas Jambatan Sultan Yahya Petra di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Iklan
Iklan

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Bharu, Pegawai Bomba Kanan II Azmi Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.14 malam.

Seorang remaja maut manakala motosikal yang ditungganginya tebakar selepas dipercayai bertembung sebuah kereta di atas Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu pada Jumaat.

"Setiba di lokasi kejadian, kami mendapati kebakaran telah berlaku melibatkan sebuah motosikal yang dipercayai berpunca daripada kemalangan jalan raya dengan kereta jenis Perodua Viva.

Iklan

"Mangsa yang menunggang motosikal telah disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut beliau, seramai 18 anggota termasuk pegawai ke lokasi untuk kerja-kerja memadam kebakaran.

Iklan